Sabtu, 14 Mei 2011

SEJARAH & LATAR BELAKANG KOPERASI

Koperasi Guru-Guru Melayu Lepasan Maktab Perak Berhad telah didaftarkan pada 12hb Jun 1982. Ia didaftarkan di bawah nombor pendaftaran  5605/1 di bawah bilangan KOOP Negeri No. 71. Ibu pejabatnya sehingga kini beralamat di No.204A, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Taman Anda, 31400 Ipoh, Perak.

Kawasan operasi Koperasi ini merangkumi daerah-daerah Hilir Perak, Batang Padang, Manjung, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak. Larut Matang , Selama dan Daerah Kerian.

Matlamat Koperasi ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi di mana fungsi utamanya ialah kredit dan segala aktivitinya tertakluk kepada Akta dan Peraturan di bawah Undang-Undang Kecil Koperasi yang telah didaftarkan.

Perjumpaan kali pertama bagi menerangkan Penubuhan Koperasi Serbaguna Guru-Guru Lepasan Maktab Cawangan Perak telah di adakan pada 19 hb Oktober 1981 di SMK St. Michael, Ipoh dirasmikan oleh Encik Yaacob b. Hj. Mohd. Noh iaitu Pengarah Pembangunan Koperasi Perak di ketika itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan