Sabtu, 14 Mei 2011

Faedah-faedah dari Tabung Kebajikan.


KOPERASI GURU-GURU MELAYU LEPASAN MAKTAB PERAK BERHAD

Faedah-faedah dari Tabung Kebajikan.


Faedah-faedah yang diperolehi adalah tertakluk kepada aturan-aturan tabung kebajikan

Tabung kebajikan ini diperolehi daripada wang atau kutipan yang dibayar oleh setiap anggota koperasi  bersama dengan yuran iaitu sebanyak RM3.00 pada setiap bulan atau dibayar RM 36.00 bagi setahun (12 bulan)

Faedah yang akan diperolehi antaranya ialah :

v  Bantuan Pelajaran
v  Kerana masuk wad hospital
v  Menunaikan fardhu Haji buat kali pertama
v  Mendirikan rumahtangga kali pertama
v  Khairat kematian


  1. Anugerah Kecemerlangan Pelajaran
- kini telah ditukarkan kepada bantuan pelajaran
bantuan pelajaran ini diberikan kepada semua ahli koperasi yang masih mempunyai anak yang masih belajar. 
   
  1. Kerana masuk wad hospital 
 - dibayar mengikut :-
v  7 hari pertama
v  Lebih daripada 7 hari tetapi tidak melebihi 90 hari bagi hari berikutnya.

  1. Menunaikan Fardhu Haji buat kali pertama

v  Menderma kepada anggota yang sah menunaikan fardhu haji buat kali pertama.

  1. Mendirikan rumahtangga
     - Menghadiahkan kepada anggota suatu amaun yang munasabah apabila anggota itu mendirikan rumahtangga kali pertama.

  1. Khairat kematian
     Diberikan atas kematian anggota, suami/isteri anggota atau kepada anak anggota.

* Semua amaun yang akan diberikan adalah tertakluk kepada persetujuan Ahli Lembaga Koperasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan